“Tuan Shamsuddin Kadir, yang mana lebih baik? Beli satu gram emas stiap kali ataupun beli 10 gram emas setiap kali hendak beli?”

“Secara asasnya beli minyak masak 1kg dengan beli minyak 5kg yang mana lebih murah untuk setiap kilogram minyak? Biasanya beli yang 5kg itu lebih jimat.”

 

Jika kita ada duit kumpul dahulu RM10 sehari, sekiranya harga emas RM300 ke bawah. Ataupun jika mahu serius sekurangnya RM19 sehari. Sebulan RM570, 10 bulan RM5,700, sudah layak untuk kita beli emas yang seberat 20 gram. Jika sehari RM10, insya-Allah 10 bulan dapat beli 10 gram emas, ketika emas masih di bawah paras RM300. Jika emas naik RM400 atau RM500, kita perlu menyimpan lebih.

Bagi yang tidak mampu kita bermula menyimpan walaupun RM50 seminggu, ataupun RM50 sebulan. Usahakan untuk menyimpan bagi memiliki emas juga walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Sekarang kita tidak menyesal, 10 tahun ataupun 20 tahun lagi kita menyesal. Lebih baik tertekan hari ini untuk bersusah payah menyimpan dari tertekan sehingga mati kerana tidak beli emas dahulu masa lebih murah.

Simpan RM10 sehari, bermula hari ini, masuk ke dalam tabung yang tidak boleh dibuka, ataupun simpan di dalam tabung yang boleh dibuka, supaya cukup RM300 sudah boleh beli emas Insya-Allah.

1 gram

Semakin kecil emas itu, semakin mahal harga 1 gramnya.

Public Gold LBMA Bullion Bar 1000g (Au 999.9)
10 gram ke atas

Semakin besar emas itu, semakin murah harga purata 1 gramnya. Di mana membeli satu ketul jongkong emas seberat 1,000 gram adalah lebih murah untuk setiap gramnya berbanding membeli 1,000 keping emas jongkong yang seberat 1 gram setiap satu.

Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Leave a Reply

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com