Bismillah.
Bulan jun lalu dipertemukan dengan seorang ibu tunggal yang mahu menceburi dunia emas dengan jenama tertentu sebagai dealer. Teringat kata-katanya jika boleh dapat R.M #### sebulan dari sumber ini sudah lebih dari cukup. Saya berikan ramuanya, dan beliau benar-benar mempratikkan.
Beliau bersungguh-sungguh belajar, hampir tiap hari telefon Shamsuddin Kadir tanya itu dan ini, sehingga dalam masa sebulan itu, beliau sudah menjadi expert seperti dealer lain yang sudah menyertai dunia emas selama 4 tahun. Ini antara individu pandai memilih ramuan kejayaan.
Iaitu Rajin, Banyak Bertanya, Banyak Membuat Experimen, Guna Media Sosial Termasuk Telegram Channel, Istiqamah, tidak pandang belakang dan Beradab. Akhirnya bulan Pertama beliau iaitu Jun 2020 mendapat R.M 2.K Plus Plus, Julai R.M 4.K Plus dan Bulan Ogos R.M 6.K Plus Plus.
Beliau bersama kawan-kawanya sudah membantu 450 orang lebih memiliki emas. Dalam masa Kurang lebih 4 bulan. Yang menariknya beliau juga sudah layak mendapat trip percutian percuma yang beliau tidak pernah jangka.
SK sedang membimbing beliau untuk beli tanah dan bina rumah pertamanya hanya dengan menjadi Dealer Emas Insyaa Allah selewat-lewatnya di tahun 2021.
Apa yang ada pada beliau, sangat saya kagum. Kali pertama menghadiahkan saya bag, kali kedua bertemu dia memberikan saya makanan kering di dalam bekas. Kali ketiga beliau bertemu, beliau memohon maaf kerana tidak bawa apa-apa. Sebenarnya saya tidak mengharapkan dia bawa apa-apa.
Cuma saya nampak dia memiliki adab memuliakan guru. Itu yang saya sentiasa mendoakan beliau. Saya hanya mahu impian saya tercapai, iaitu sebuah rumah terbina di atas tanah yang dia beli dan dibina di atas hasil usaha beliau membantu orang lain menyelamatkan duit sebelum habis dengan membeli emas jongkong, Insyaa Allah.
Untuk berjaya ini, bukan perlu bersungguh-sungguh sahaja, ramuan kejayaan itu mesti cukup, macam kita masak gulai, jika terkurang satu sahaja ramuan, ianya tidak sedap @ laku untuk dijual.
Rajin sahaja banyak yang gagal
Cerdik sahaja banyak yang lingkup
Hendak senang ada caranya, Hendak susah itu yang paling mudah.
Macam kita mahu naik lift, kita yang memilih untuk tekan nombor berapa?
Selalunya apabila saya menginap di hotel dahulu, saya suka tekan nombor yang tertinggi yang lift ini boleh bawa saya, saya mahu lift pemandangan di tingkat yang tertinggi, untuk lihat view apa yang saya dapat.
Hidup ini kita banyak ada pilihan, sama ada memilih supaya dunia menentukan hidup kita, ataupun kita menentukan di atas kuasa pilihan yang Allah SWT berikan sewaktu masih bernafas di atas muka bumi ini.
Mahu menjadi seperti Ibutunggal yang berdedikasi itu?
Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com