Bismillah. Nabi Muhammad SAW.

#Tukarupline

#TukarIntroducer

“Boleh ke kita tukar introducer?

Ini antara soalan yang banyak juga orang tanya Shamsuddin Kadir (SK).

Sebenarnya sekiranya akaun Public Gold (akaun pg) kita sudah tidak aktif melebihi 366 hari, kita boleh tukar upline / “Introducer”. Di mana jika kita sudah tidak lagi beli, jual ataupun gadai di PG melebihi 365 hari. Biasanya apabila kita tidak lagi berminat untuk membeli emas, akaun kita menjadi tidak aktif.

Kes mahu tukar Introducer biasanya berlaku bagi seorang yang sudah bertahun-tahun lama tidak membeli di Public Gold, tetapi apabila ada orang lain berkongsikan, cinta berputik semula untuk bermula. Introducer pun sudah tidak diketahui statusnya, ataupun kita tidak mendapat sebarang info / update dari Introducer.  Jadi kita mahulah bernaung di bawah orang yang menyebabkan cinta kita berputik semula. Kita mahu di bawah bimbingan individu baru yang kita pelajari itu.

Nama Introducer itu kekal, tetapi kita boleh tukar di bawah Dealer lain.  Semalam ada seorang pelanggan public gold yang lama, percaya, sekali berdaftar di bawah introducer tersebut sudah tidak boleh ditukarkan lagi. Itu tidak benar ya.

Tidak aktif itu bermaksud, tidak membuat pembelian ataupun jualan sepanjang 1 tahun. Maksudnya kita sudah tidak berminat.

Bagi tuan dan cik puan yang mahu tukar ‘Upline’  disebabkan sudah tidak aktif dan cinta baru berputik, boleh dengan cara seperti berikut

  1. Membuat pembelian sekurang-kurangnya 5gram sama ada fizikal terus ataupun melalui GAP. Ataupun upgrade menjadi dealer ( Beli 30gram / 50gram + Wealth Card) – Jangan buat dahulu, biar Dealer yang buatkan.
  2. Mengisi borang Tukar Upline yang mana kita dan Upline baru perlu isi dan tandatangan, tidak perlu melalui introducer lama (apabila kita tidak aktif melebihi 1 tahun)
  3. dan salinan IC depan dan belakang kita dan new Upline.

Kenapa Public Gold benarkan kita menukarkan upline kita, hanya di dalam kes tidak aktif, kerana dealer kita ketika ini pun tidak mendapat sebarangan insentif kerana kita tidak beli langsung sepanjang setahun. Public Gold pun tidak mendapat tempahan dari kita untuk membeli emasnya. Jadi kedua-dua pihak tidak untung sekiranya pelanggan PG tidak membeli setiap tahun.

Ingat jangan kita “menggatal’ untuk tukar introducer jika kita masih aktif membeli. Teruskan. Ini TABIAT TIDAK BAIK. Kepada Dealer TeamSK jangan suruh / mempengaruhi bakal klien yang sudah ada pg code yang akti f untuk tukar Introducer kepada kita. Kerana Saya Tidak akan Sign, Insyaa Allah.  Kepada Dealer, promosi hanya kepada yang belum ada PG ataupun yang sudah lebih 1 tahun tidak aktif membeli di PG.

Jika Tidak Aktif (Akaun PG pun sudah tidak tahu, ada ke tiada ataupun no pg code pun tidak ingat) dan mahu bernaung di bawah Shamsuddin Kadir www.wasap.my/60105001500/TukarUplineKeSK

Bagi yang belum berdaftar dengan PG, baca baik-baik, jangan simply register Introducer Code siapa-siapa kecuali kita sudah buat study tentang beliau. Risau yang terus meninggalkan kita selepas mendaftarkan kita. Huhuhu.

ShamsuddinKadir

#TeamSKGold

Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com