Bismillah. Alhamdulillah.
#air


Pentingnya tabungan. Air paip kerajaan itu umpama gaji yang kita terima setiap bulan. Apabila ianya terputus, ramai yang ‘meroyan’ termasuk saya, sekiranya kita tidak ada tabungan.

Mesejnya di sini, tangki perlu ada, telaga perlu ada, itu yang terlebih baik. Saiz tangki perlu diambil kira dengan saiz keperluan keluarga kita, anak berapa, berapa ahli keluarga yang tinggal di dalamnya.
Don’t Put All Eggs in one basket itupun ya.


Paip yang mengalir ke dalam rumah kita jangan sahaja paip kerajaan sahaja.


Paip yang mengalir ke dalam akaun kita jangan mengharapkan paip gaji sahaja.


Kerana apabila kita mengharapkan dan bergantung kepada yang satu kita cepat meroyan.


Hanya satu sahaja yang kita bergantung 100% kepada satu, iaitu kepada Allah SWT, ini pasti tidak meroyan. Lain pada tuhan, jangan bergantung kepada yang satu.


Pesan Shamsuddin Kadir supaya ‘kita’ sama-sama tidak meroyan.

Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com