Bismillah. Nabi Muhammad SAW. Allahu Akbar.


#duit


Antara ujian terbesar yang Allah kurniakan kepada manusia baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dusun, Jepun, Siam, Indonesia… ada lapar dan dahaga. Walaupun sudah diisikan perut itu dengan sepenuh-penuhnya dengan makanan dan minuman kelmarin, hari semalam lapar semula.


Walaupun semalam pun sudah makan dan minum sampai kenyang, bangun pagi ini kita merasa lapar semula. Lapar ini bukan boleh dapat makan percuma kecuali ada sebahagian manusia yang lahir di dalam mahligai yang semuanya percuma itu tidak perlu cari fulus macam kita. Itu mereka.

Jadi mahu tidak mahu kita perlu mencari fulus, ada orang bangung pagi ini tidak sempat dia menyebut Alhamdulilah, kerana masih hidup, tetapi sudah memikirkan mana nak cari nafkah ini, anak dan keluarga perlu diberi makan.


Selain dari cari fulus untuk makan, jiwa menjadi lebih tenang bila tempat tinggal itu kita miliki bukannya kita sewa. Mimpi di rumah milik sendiri lebih seronok, berbanding bermimpi di rumah sewa, asyik bermimpi kena kejar dengan orang kutip hutang, termasuk pemilik suruh kita berpindah, kerana anaknya yang baru kahwin mahu duduk.


Sebenarnya ada caranya yang nampak tidak berapa logik, pada pengiraan atas kertas, yang kita boleh ada fulus dengan lebih banyak apabila tukar fulus kepada logam yang mulia (E.M.A.S) sikit. Tidak perlu banyak pun.

Jika selama hidup kita ini belum memiliki rumah ataupun kehidupan lebih baik, ‘try’ buat cara SK, ini. Pertama tengok apa yang terjadi dalam 6 bulan pertama.


Hidup ini, jika kita masih kekal buat perkara yang sama, jangan kita harap, hasilnya akan menjadi berubah.

Jika boring sudah hidup cara lama, ‘try’ kita hidup dengan tabiat baru untuk 6 bulan ini, kita tengok apa yang terjadi, Insyaa Allah.


Hidup untuk menjadi lebih mudah, 3 perkataan yang jangan kita tinggal, selain dari berubah dengan tindakan, iaitu.


Pertama, perbanyakkan sebut Bismillah, termasuk bila mahu angkat telefon jika kita teringat ya.


Kedua, jangan tinggal perkataan Insyaa Allah apabila hal berkaitan dengan masa akan datang. Contohya Esok aku akan ke bandar. Sebut Insyaa Allah aku ke bandar Esok.

Kena ingat 2 manusia hebat dunia sudah melalui situasi merugikan apabila tertinggal perkataan Insyaa Allah iaitu Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad SAW.

Kita ambil pengajaran. Kos tidak menyebut Insyaa Allah sangat mahal, jangan ambil risiko yang tidak perlu.


Ketiga, Apabila kita dapat perkara yang selamat, bagus, tenang, senang dan apa-apa yang baik, sebut Alhamdulilah. Contoh pagi ini masih hidup, Alhamdulilah, pagi ini, masih boleh melihat Alhamdulilah, hari ini tidak sakit perut Alhamdulilah, hari ini masih ada fulus Alhamdulilah.

Hidup di dunia terlalu banyak pilihan yang Allah SWT berikan kepada manusia. Yang Sedihnya ramai yang meletakkan dirinya tiada pilihan melainkan ianya sudah ditakdirkan. Huhu.

Ada jarak antara pilihan dan Takdir Allah. Yang mana tiada otak, mereka tidak ada pilihan iaitu haiwan, yang ada otak, mereka ini penuh dengan pilihan.


Insyaa Allah kita buat pilihan terbaik, Amin

#shamsuddinkadir

Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com