Bismillah. Nabi Muhammad SAW. Subhanallah. Shamsuddin Kadir sering mengingatkan kepada #TeamSK yang ingin menjadi Dealer Emas @ Gold Dealer yang mahu membantu mendidik masyarakat tentang emas.

Apa yang sering dinasihatkan menjadi Dealer yang Beradab, Dealer yang Berkualiti dan Dealer yang Terhormat. Menjadi satu kejutan apabila SK memasuki dunia Emas. Ada sebahagian Dealer yang tidak tahu tentang Adab dan professionalism. Tidak kira di tanah orang lain pun dia mahu menanam pokoknya, ini boleh menyebabkan sumber pendapatannya adalah diragui halal. Halal ke jika kita tanam pokok Musang King di atas tanah orang lain tanpa izin ?

Dunia di dalam Profession Konsultan Unit Trust, batasan antara yang lebih terjaga kualitinya walaupun ada juga segelintir yang menyalah gunakan platform yang ada di luar sana.

Kepada Normal Dealer dan Priority Dealer #TeamSK Ingat :

  1. Jangan mempromosi Emas di Fblive orang lain, termasuk FB Live PG International, sewaktu slot itu adalah slot bersama Seorang Speaker (Dealer PG juga). Yang boleh promosi adalah Speaker itu sahaja. Kerana sudah pasti seorang dealer itu menjadi Menjadi Speaker secara live untuk program seperti Branch Weekly Meeting (BWM) itu kerana ingin mencari klien baru. Jangan kita menjala di kolam orang lain. Itu haram.
  2. Jangan menulis di facebook dealer lain walaupun komen, terutama jika kita punya profile itu ada menunjukkan gambar yang pembaca fb dapat tahu kita juga seorang Dealer. Kecuali kita komen di fb dealer di bawah kita sahaja.
  3. Komen di page dealer orang lain, boleh dengan syarat apa yang kita tulis itu tidak menampakkan kepada pembaca fb dealer itu bahawa kita juga seorang dealer. Jangan sampai pembaca fb orang lain itu klik fb kita.
  4. Jangan mempromosikan ataupun meletakkan link kita selain dari fb live kita sendiri. Dan jangan mempromosi dan meninggalkan nombor telefon di fb / twitter / instagram / orang lain, kecuali di minta ataupun disuruh oleh tuan tanah (pemilik fb individu berkenaan).

Jadi Dealer yang ada maruah diri dan Terhormat. Jadilah seperti Nabi Muhammad SAW apabila ini memasarkan produk yang 100% menguntungkan ‘pembelinya’ iaitu Kalimah Syahadah. Kita wawarkan dan sampaikan kebaikan dan kelebihan untuk menjadikan emas itu sebagai adalah di dalam kehidupan kita. Orang itu mahu beli ataupun tidak kita biarkan 100% dia membuat keputusan, supaya kita tidak mencari rezeki menggunakan jalan bathil (termasuk memperdaya, mempengaruhi…) sehingga hanya memberi manfaat kepada kita bukannya untuk kebaikan pelanggan itu sendiri.

Jaga-jaga apabila menggunakan poster DEALER orang lain, pastikan kita mendapat tahu tuan poster itu memberi kebenaran, Insyaa Allah.

Di dalam golongan kewangan ini, termasuk Konsultan / Agen Unit Trust, Takaful, Gold Dealer, Remisier ada RAMAI yang ‘misleading’ informasi, sehingga ramai yang terperdaya. Kasihan apabila melihat ramai individu tidak nampak apa yang mereka sepatutnya nampak. Ada yang membina follower yang ramai, demi untuk mempengaruhi mereka supaya menjadi ‘mangsa’ mereka.

Ada yang berjaya mencapai anugerah kerana perangai ‘Misleading, tanam pokok di atas tanah orang lain, tidak beradab, tidak professional. Tetapi ramai yang sudah terpedaya memujinya. Jangan keberkatan itu yang perlu di dahulukan.

Antara sebab SK membina #TeamSK ini adalah untuk membudayakan kepada Dealer Emas supaya kenal antara yang hak kita dan hak orang lain, cari duit itu jangan sampai kita pijak orang lain dan mencium kaki pelanggan.

Shamsuddin Kadir Mahu Mengajar orang ramai, bahawa Gold adalah SALAH SATU ALAT yang memudahkan kita mencapai impian kita, Insyaa Allah dengan lebih cepat.

www.wasap.my/60105001500/MahuMenjadiDealerTeamSKYangBerkualiti

Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com