Bismillah. Nabi Muhammad SAW.

#tuantanah

Rasanya tajuk ini Shamsuddin Kadir tulis sekitar tahun 2009 lagi ataupun lebih awal.

Muka bumi ini banyak yang dilitupi dengan hutan, tibalah orang yang meneroka. Mereka menebas hutan berhadapan dengan segala rintangan, dengan ketiaadaan jalan, ketiadaan air bersih dan tempat tinggal.

Mereka juga yang terpaksa berhadapan dengan haiwan buas dan segalanya sehinggalah tanah itu sudah kosong dan dibersihkan dengan peluh, kepenatan dan bertarung nyawa dengan risiko haiwan buas seperti harimau, gajah, ular, buaya.

Baru mereka menanam pokok buah-buahan ataupun pokok kelapa sawit dan getah. Adalah tidak patut sama sekali apabila kita pergi menanam pokok kita di atas tanah yang mereka sudah ratakan dan hutan belantara yang mereka sudah tebas dan bersihkan.

Begitu juga dengan facebook, website, IG, twitter, Live, Youtube itu adalah usaha seseorang itu menulis dari masa ke semasa, adalah tidak beradab apatah lagi beretika untuk kita “Menanam Pokok di atas media sosial orang lain” Perangai seperti ini sejak dari awal FB ada pun sudah ada.

Kita perlu tebas hutan kita sendiri, dan tanam pokok kita, jangan menumpang di atas tanah orang lain ataupun ‘merampas’ tanah orang lain.

Begitu juga dengan komen, apabila kita bersetuju kita tulis komen di tanah orang lain itu, ataupun apabila meminta.

Halalkah buah yang kita tanam di atas tanah orang lain itu?Hidup ini bukan sekadar duit yang dicari, jika halal haram tidak di ambil kira, kita hanya manusia yang tinggal tulang sahaja. Seperti yang mati tanpa iman.

Pesanan Shamsuddin KadirHidup jangan tiru seperti haiwan, tanah kebun orang pun dia masuk menceroboh, makan dan berak di situ.

Lain sekolah, lain ajarannya

 

Shamsuddin Kadir 6 Disember 2020

 

Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com