Bismillah. Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, Allahu Akhbar. Jika seseorang itu adalah perunding kewangan yang tidak bias, jawapannya adalah kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan pada situasi berbeza.

Jika dia kata salah satu itu lebih baik, risikonya kita sudah dipengaruhi berdasarkan apa yang orang itu mahukan dari kita. Di zaman ini, lebih berbahaya berbanding zaman dahulu, kerana limpahan informasi terlebih, sehingga kita tidak nampak mereka itu berkongsi ‘ilmu’ itu sekadar berkongsi ataupun untuk mempengaruhi kita membuat tindakan yang menguntungkan dia melebihi dari kepentingan untuk kita.

Asas Kewangan yang perlu kita faham, supaya tidak mudah terpersona ataupun terpengaruh adalah : ‘Dont Put All Egg in one basket”. Jangan masukkan semua telur yang kita ada di dalam 1 bakul.

Untuk lebih faham, jangan letakkan duit / harta kita di dalam satu jenis yang sama sahaja, contoh, bila emas, semuanya emas. Jika hartanah, semuanya hartanah, Jika Saham, semuanya saham. Jika ASB semuanya ASB.

Zaman ini Shamsuddin Kadir nampak ramai yang tertipu tanpa disedari, apabila informasi yang diberikan bukan untuk menjadikan seseorang itu lebih cerdik tentang kewangan sebaliknya, adalah untuk mengaburi follower @ pengikut untuk membuat keputusan yang menguntungkan sebelah pihak.

Dalam hal kewangan, tiada satupun aset ataupun pelaburan yang boleh jadi Juara. Masing-masing mengambil giliran sekali sekala menjadi juara dalam situasi tertentu.

Apa yang kita boleh dapat manfaat dari ASB ada yang kita tidak boleh dapat manfaat dari Emas, iaitu Dividen setiap bulan December / Januari, secara purata.

Apa yang kita boleh dapat manfaat dari Emas, kita tidak boleh dapat manfaat dari ASB, contohnya Insentif setiap kali kita beli (ataupun orang lain beli) antara 1 -2%.

Sebenarnya ada lebih dari 5 kelebihan dan kekurangan yagn ada pada ASB dan Emas.

Mesej Shamsuddin Kadir, ASB buat, Emas pun buat. Untuk beli Emas secara bermatlamat dan bukannya pakai beli,

www.wasap.my/60105001500/BeliEmasBermatlamatCaraShamsuddinKadir

Kena tipu dan terpedaya dengan ilmu mempengaruhi itu masih di dalam kategori pilihan yang kita ada.

Shamsuddin Kadir Perunding Kewangan Rakyat

Join Telegram Channel Shamsuddin Kadir

t.me/notaduitshamsuddinkadir



Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com