Bismillah. Nabi Muhammad SAW. Subhanallah.

#Literasikewangan#celikkewangan

#CelikKewangan

#ButaKewangan


Beberapa hari lalu, saya duduk makan dengan seorang yang sudah usianya mencecah 50 tahun lebih. Seorang yang berpendidikan tinggi dan terpelajar.


Beliau memasuki sebuah pelaburan emas, yang beliau nampak 100 betul dan saya nampak 99 adalah skim cepat kaya. Dilema SK dibuatnya, mahu beritahu, takut nampak sangat kita ini nak ‘membijak’. Tidak mahu beritahu takut dia ‘rugi duit’ puluhan ribu ringgit.


Mata kita sama sahaja kenapa ada orang yang nampak dan yang tidak nampak? Kes sama macam lebah dan lalat, di campak ke negeri mana lebah tetap mencari madu, manakala lalat tetap mencari sampah.


Berbalik kepada kita, mata kita sama sahaja, cuma untuk menampak sesuatu urusan itu skim cepat kaya ataupun tidak kena guna kanta otak, iaitu dengan meningkatkan literasi kewangan iaitu kecelikan kewangan.
Diluah mati bapak, ditelan mati emak, dia pun tidak tanya, SK pun tidak jawablah.


t.me/notaduitshamsuddinkadir

Shamsuddin Kadir, tidak beritahu kasihan, nak beritahu nanti orang kata kita tunjuk pandai, so macm mana, tunggu dia sudah rugi baru ktia beritahu?

Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com