Bismillah.


#faraid#wakafduitsendiri

#hutangwajibdibayar

#urushartaagihpusaka

Sedekah ini atas duit sendiri. Bukan duit hutang dengan orang lain.


Di luah mati emak, di telan mati aku

Ada kes yang Shamsuddin Kadir uruskan, nama watak ditukar, Zainab berhutang dengan Ali. Selepas suatu ketika Ali tinggal dunia, beliau (Ali) meninggalkan isteri baru Maryam (isteri pertama mati), dan ada 2 orang anak dan kedua-duanya lelaki iaitu Nazri dan Nazrul.


Zainab mengamanahkan kepada seseorang untuk mewakafkan duit yang dia berhutang dengan Ali untuk pembinaan masjid seperti yang diwawarkan di dalam tv.

Secara asasnya duit hutang itu sudah bertukar pemilik daripada Ali kepada waris yang tinggal. Iaitu Maryam 1/8, Baki 7/8 untuk dikongsi sama rata antara Nazri dan Nazrul.


Jika hutang itu adalah RM 8,000, maka pemilik baru adalah Maryam sebanyak RM 1,000 (1/8 bahagian), manakala Nazri RM 3500 dan Nazrul RM 3500.
Mahu berwakaf guna duit sendiri, jangan ‘pandai-pandai berwakaf duit hak milik orang lain yang tuan baru dia ‘mungkin’ tidak redha.


Nak Waqaf ini pun ada banyak syarat. Ya Allah bukalah hati kami semua agar nampak yang hitam itu hitam dan yang putih itu putih. Aamiin.

www.insaniahrakyat.org

Shamsuddin Kadir

Penulis buku Urus Harta Agih Pusaka dan Buku Khutbah Pusaka

Shamsuddin Kadir

Author Shamsuddin Kadir

More posts by Shamsuddin Kadir

Post Terkini

Hubungi SK

11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

T: +6010 500 1 500
E: shamsuddinkadir@gmail.com